Kenali Lee Thiam Wah, Pengasas Speedmart Yang Kaut Untung Berbillion Dari Atas Wheelchair!


 Biografi  Sejarah

Masyarakat Cina mempunyai sebuah kepercayaan bahawa anak-anak lelaki yang dilahirkan pada Tahun Naga akan menjadi individu yang kuat dan mempunyai hidup yang luar biasa. Ini boleh menerangkan peribadi  Encik Lee Thiam Wah, pengasas dan Pengarah Urusan 99 Speedmart. Seorang orang kelainan upaya (OKU) yang dilahirkan pada tahun naga, tahun 1964, dia dikenali sebagai Raja Pasar Mini di Klang.

99 Speedmart kini mempunyai sebanyak 570 cawangan (sehingga 29 Jun 2014) dan mengaut  sekitar RM2.1 bilion pendapatan tahunan.

Sejarah hidup
Lee  telah menghadapi banyak cabaran dalam hidup. Apabila berusia hampir lapan bulan, beliau telah disahkan menghidap polio dan lumpuh pada bahagian kakinya. Bapanya, merupakan seorang pekerja binaan, dan ibunya yang merupakan seorang penjaja ketika itu  bekerja keras untuk menyara kehidupan mereka serta sebelas orang anak mereka.

Oleh kerana mereka tidak mampu membiayai pengajian Liam Wah, beliau hanya menerima pengajian sekolah rendah untuk tempoh 6 tahun. Untuk mengisi masa beliau dia membaca buku yang dipinjam dari jiran dan menjual  makanan ringan  di gerai tepi jalan.

“Saya perlu membantu diri saya. Tiada siapa yang akan ambil saya bekerja kerana kecacatan saya," katanya secara bersahaja. Dia sering menerima usikan dari datuk  sebelah bapanya yang sering berkata “Jika kau tak bekerja keras, nanti kau akan ada apa?”

Akhirnya beliau dapat menyimpan sebanyak RM17,000 ketika berumur 23 tahun untuk membuka sebuah kedai runcit yang merupakan penanda permulaan kerjaya dalam sektor kedai runcit.

Asal usul Speedmart

Permulaan pasar mini 99 Speedmart, dimulakan dalam bentuk kedai runcit  tradisional yang diberi nama Pasar Raya Hiap Hoe yang diasaskan oleh beliau di Tepi Sungai, Klang.
Langkah kecil pertama ini telah membantu Lee dalam menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman di sektor pasaran runcit menerusi pengalamannya berinteraksi secara terus dengan pelanggan dan pembekal.

Pada tahun 1992, Lee telah menjual perniagaannya dan memperoleh RM 38000 lalu membuka sebuah pasar mini. Katanya,  “Saya sentiasa mahu cabaran menjalankan perniagaan yang lebih besar. Jika anda tidak mempunyai kayu ukur, anda tidak boleh bersaing dengan kedai perubatan Cina dari segi harga, dan anda tidak boleh bersaing dengan pasar raya besar dari segi saiz”. Rangkaian pertama pasar mini nya yang terawal diberi nama Pasar Mini  99 Market.

Dengan dedikasi dan kerja keras, Lee mengembangkan Pasar Mini 99 ke 8 kedai lain di Klang melalui cara cawangan-cawangan kedai. Pencapaian ini menyakinkan Lee bahawa cawangan-cawangan baru pasar mini 99 bersedia untuk pergi  lebih jauh.

Penjenamaan semula

Memandangkan populariti pasar mininya yang semakin meningkat, Lee telah menjenamakan semula kedainya, menjadi 99 Speedmart pada tahun 2000. Usaha beliau membaiki model perniagaan 99 Speedmart selama 2 tahun telah membuahkan hasil yang menggalakkan dari segi peningkatan jumlah pelanggan dan pembukaan cawangan-cawangan baru.

Di lokasi-lokasi dimana terdapat banyak 99 Speedmart harga barangan tidak boleh dikurangkan lagi, kedai-kedai tersebut jual barangan dalam saiz yang lebih kecil.
Untuk barang keperluan yang cepat habis Lee akan jual pada harga yang rendah seperti kedai-kedai runcit yang terdapat di negara Barat, seperti Aldi. Di mana hanya produk dengan perolehan terbesar akan dijual.

Untuk mendapatkan potongan harga yang baik, beliau menjadikan urusan mudah untuk pembekal. Kedai-kedai besar terkenal dengan membuat bayaran lambat kepada pembekal.

Berurusan dengan kedai-kedainya, pembekal biasanya boleh melengkapkan proses rundingan harga, membuat pesanan dan mengutip bayaran untuk pesanan yang lebih awal dalam masa 30 minit.

Mereka menghargai cara  Lee berurusan. “Kami dapat tidur dengan lena kerana kami dapati dia sangat jujur, dan dia mempunyai reputasi  pernigaan yang kukuh,” kata pengurus jualan syarikat makanan dan minuman global di Malaysia yang tidak mahu identitinya dikenali.
Tak suka meminjam

Lee sentiasa membiayai operasi perniagan dari hasil  jualan dan bukannya dari hutang bank, namun begitu krisis kewangan Asia pada tahun 1997, telah menjejaskan perniagaan  Lee dengan teruk sekali. Untuk mengatasi masalah ini,  Lee menempah  barang-barang murah dan mengurangkan lagi harga jualan. Tambah Lee lagi,  kelembapan ekonomi yang dialami baru-baru ini hanyalah sebuah halangan kecil.

Diiktiraf

99 Speedmart menerima Anugerah  Pilihan Pengguna  pertama mereka daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Malaysia pada tahun 2006.

Anugerah  ini membuktikan kejayaan 99 Speedmart dalam menawan hati dan minda pengguna. Di bawah pimpinan beliau, 99 Speedmart telah secara berterusan menerima Anugerah Pilihan Pengguna pada tahun-tahun 2006-2009 & 2012 dan Kedai Harga Patut pada tahun-tahun 2010, 2012 dan 2014.

Kini, terdapat lebih 570 cawangan 99 Speedmart yang sedang beroperasi dan syarikat ini mempunyai lebih daripada 6000 pekerja. Dengan 4 pusat pengedaran dan 105 buah lori, mereka dapat memenuhi permintaan 99 Speedmart yang semakin pesat berkembang dan setiap hari menguruskan penghantaran kepada 300 cawangan 99 Speedmart .

Usahawan ini telah menjadi contoh yang terkenal di Malaysia, terutama tentang bagaimana kecacatan fizikal boleh diatasi dalam perniagaan.

Pada awalnya beliau bergantung kepada saudara-maranya untuk membantu membawa dan menimbang barang-barang berat. Dia sendiri berjumpa dengan pembekal-pembekal  apabila mereka melawatnya  atau bercakap dengan mereka melalui telefon.

“Saya tidak bersedih memikirkan  hakikat bahawa saya perlu menggunakan kerusi roda untuk bergerak, tidak boleh berbicara dalam bahasa Inggeris serta saya hanya pergi ke sekolah selama enam tahun,” kata Lee .

“Anda perlu berdikari. Pastinya, anda perlu bekerja lebih keras daripada orang lain, tetapi pengetahuan yang anda dapat akan membina harga diri anda. Dapat membantu pelanggan membuatkan saya berasa bersyukur dan memberi saya tujuan. “

Sumber : Toodia

Post a Comment

0 Comments